WILD CHOPPER GROUP
SELAMAT DATANG KE FORUM Wild Chopper Group.
Ahli baru dikehendaki mendaftar dengan meng"klik" butang Login di atas kiri laman ini. Pengguna baru dikehendaki memasuki maklumat yang sah untuk tujuan pengaktifan. Hanya ahli yang dijemput sahaja dibenarkan untuk mendaftarAhli boleh memasuki forum hanya setelah diperakukan dan diaktifkan oleh pentadbirAhli diminta tidak menggunakan bahasa kasar ataupun perlakuan yang boleh mengyinggung hati perasaan ahli lain KENALKAN DIRI ANDA


Our colours means our rules
 
HomeFAQSearchRegisterLog in

Share | 
 

 tips kepada yg baru nak ride konvoi jauh

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
puppetsp
handle tanduk


Posts : 187
Join date : 2009-10-24

PostSubject: tips kepada yg baru nak ride konvoi jauh   12th November 2010, 11:54 am

Dipetik dari forum ninja250malaysia.com

Jom geng...member yang baru nak ride sila pastikan cukup tidur dan rehat sebelum memulakan day ride ni....

wa ada bagi sikit tips2 nak berkonvoi dgn caa yang betul dan selamat.....

Saya percaya perbincangan tentang ini telah dijalankan dalam menekankan disiplin semasa mengikuti konvoi yang dianjurkan oleh . Walaubagaimanapun topik ini perlu diperkatakan berkali-kali sebagai panduan dan juga peringatan kepada kita semua agar kita semua mengingati tingkahlaku yang baik sewaktu berada diatas jalanraya. Beberapa kelab motorsikal yang lain mempunyai cara dan disiplin mereka sendiri. Dan kita di juga mempunyai prinsip dan disiplin kita yang tersendiri. Kita mempunyai rekod yang sangat baik dimana TIADA kemalangan maut/teruk sepanjang tunggangan yang telah bertahun lamanya. Cuma kes terjatuh dan kecederaan kecil sahaja dan diharap rekod baik ini dapat dijaga selamanya. Dalam perjalanan konvoi rasmi kalajuan bukan faktor utama sebaliknya KESELAMATAN adalah faktor yang harus diutamakan. Dan diatas sebab ini juga ada beberapa orang diantara kita yang meninggalkan Ninja250r kerana bagi mereka merasakan harus menunggang dengan pantas untuk memenuhi kepuasan menunggang motorsikal apabila mereka telah upgrade motor jenis berkuasa lebih tinggi dari sebelumnya. Walaubagaimanapun, sebahagian besar yang berfikiran telus masih kekal.



Menunggang secara berkumpulan/berkonvoi sememangnya memberikan lebih keseronokan dan kepuasan. akan tetapi boleh menjadi bahaya jika seseorang itu tidak biasa menunggang secara berkumpulan. Sila patuhi panduan jika anda berhasrat untuk menyertai aktiviti menunggang .


1. Sentiasa dengar dan peka dengan maklumat yang disampaikan oleh penganjur/marshall ketika sesi taklimat diadakan. Ini adalah sangat penting kerana segala tempat berhenti rehat, mengisi minyak, jarak tunggangan serta makan dan minum akan diberitahu ketika taklimat. Ini adalah untuk mengelakkan pertanyaan berulang-kali dilakukan kepada penganjur/marshall kerana penganjur/marshall juga mempunyai tugas yang berat menanti dan perlu fokus didalam perjalanan.

2. Pengurusan masa hendaklah tepat. Tiba awal di tempat permulaan. Dengan ini jadual perjalanan tidak akan terganggu, serta kita juga tidak perlu berkejar-kejaran untuk mengejar masa yang terlepas dan ini juga bermakna tunggangan akan menjadi lebih selamat.

3. Sentiasa bersedia, (seperti pengakap) sarung tangan dan helmet dipakai, kunci berada di posisi "ignition" apabila marshall berada diatas motorsikal beliau. Ini membuatkan keseluruhan konvoi bergerak lancar dan sekata serta tiada ruang jarak yang terlalu jauh (konvoi terputus). Ini juga termasuk apabila tempoh waktu berhenti rehat yang diberi tamat, memandangkan menunggu ahli konvoi yang lewat bersedia dibawah matahari terik dengan helmet bertutup penuh dan juga sarung tangan serta jaket tebal amat menyeksakan dan akan menghilangkan keseronokan berkonvoi. Seseorang marshall yang bagus akan memberi isyarat sebelum mula bergerak, kebiasaannya dengan hon atau siren (pendek)

4. Sentiasa jaga jarak antara penunggang yang lain. Jangan berkumpul dengan rapat dan menjadikan kumpulan konvoi terlalu padat. Berikan ruang yang selesa. Jangan risau kerana anda tidak akan ditinggalkan bersendirian dibelakang.

5. Jika anda perlu memotong rakan anda sila gunakan lorong sebelah kanan dengan memberi ruang dan isyarat yang mencukupi.

6. Biarkan rakan anda memotong dengan selamat kenderaan dihadapan sebelum anda mengambil kedudukan bersedia memotong

7. Jika anda terpaksa berhenti (tidak berjadual)/kecemasan sila letak motorsikal anda ditepi bahu jalan (kawasan lapang) serta letak motorsikal dengan baik dan jarak yang tidak terlalu rapat dan tidak mengganggu lalu lintas.

8. Tiada marshall yang dibenarkan untuk menggunakan siren sewaktu menunggang untuk mengejar/menghalau kenderaan lain. (menyalahi undang-undang)

9. Tiada marshall diberi kuasa untuk menahan/memberhentikan lalu-lintas di lampu isyarat/simpang. Kita TIDAK berkuasa untuk melakukan perkara tersebut. Sentiasa beringat dan selamat

10. Jika kenderaan di belakang mengekori terlalu rapat dan mengganggu berikan laluan untuk ia memotong melepasi konvoi.

11. Jika seseorang penunggang baru tidak mampu mengikut kelajuan konvoi maka dia seharusnya menunggang motorsikal dia dengan kelajuan yang dirasakan sesuai. sweeper/last man akan bersama kamu sepanjang perjalanan dan akan berkumpul semula dengan konvoi dihentian seterusnya.

12. Sila pastikan anda sentiasa berada dalam kumpulan konvoi terutama sekali ketika melalui pekan/bandar yang asing bagi anda.

13 Pada masa tertentu dan jalan yang elok marshall yang baik akan membenarkan anda menunggang mengikut kelajuan anda sendiri untuk menikmati selekoh dan bermesra dengan trottle. TETAPI anda perlu ingat JANGAN berlumba sesama sendiri. Penunggang akan berkumpul semula diperhentian seterusnya.

14. Jika anda terpaksa berhenti cemas tanpa pengetahuan marshall dihadapan, sila berikan isyarat kepada sweeper dan beliau akan membantu anda. Seluruh kumpulan konvoi hendaklah meneruskan perjalanan sehingga marshall sedar akan penunggang yang hilang dari kumpulan.

15. Jika anda adalah jenis yang memerlukan masa lebih panjang untuk berehat/melegakan diri sewaktu konvoi berhenti rehat sila letakkan motorsikal anda dikawasan yang mudah dilihat dimana kebanyakkan penunggang lain dapat lihat. Kita mempunyai kes dimana peserta konvoi tercicir kerana beliau meletakkan motorsikal beliau dibelakang tandas.jauh dari pandangan orang ramai.

16. Pastikan anda menyediakan kelengkapan menunggang untuk cuaca hujan kerana konvoi tidak takut dengan hujan

Setulus ikhlas dari MIEKAWA
Back to top Go down
EiLLa F2
wild chopper


Posts : 1433
Join date : 2009-10-02
Age : 40

PostSubject: Re: tips kepada yg baru nak ride konvoi jauh   12th November 2010, 12:56 pm


Tips yg menarik dan boleh di ambil sebagai panduan.....

2thumbsup
Back to top Go down
cikgu nuar
otai wild chopper


Posts : 2660
Join date : 2009-10-02
Location : batu 1 temerloh

PostSubject: Re: tips kepada yg baru nak ride konvoi jauh   12th November 2010, 4:40 pm

Back to top Go down
mabukrider
otai wild chopper


Posts : 5044
Join date : 2009-09-30
Age : 41
Location : temerloh, pahang

PostSubject: Re: tips kepada yg baru nak ride konvoi jauh   12th November 2010, 6:47 pm

WCG ke arah konvoi yg lebih tersusun dn berdisplin....

_________________________________________
Back to top Go down
Guest
Guest



PostSubject: Re: tips kepada yg baru nak ride konvoi jauh   17th December 2010, 5:03 pm

sy budak br blajar, kalo salah tlg tnjukkan...hehe...bgus tips ni. idea
Back to top Go down
cikgu nuar
otai wild chopper


Posts : 2660
Join date : 2009-10-02
Location : batu 1 temerloh

PostSubject: Re: tips kepada yg baru nak ride konvoi jauh   17th December 2010, 5:05 pm

SEMOGA X TERLAJAK LAGI
Back to top Go down
samsulok guwapo
wild chopper


Posts : 1220
Join date : 2009-12-22
Age : 32
Location : Bahagia Court,Jalan Bahagia,Temerloh

PostSubject: Re: tips kepada yg baru nak ride konvoi jauh   17th December 2010, 5:38 pm

Sleep Sleep Sleep Sleep Sleep Sleep Sleep Sleep Sleep Sleep Sleep Sleep
Back to top Go down
Guest
Guest



PostSubject: Re: tips kepada yg baru nak ride konvoi jauh   18th December 2010, 7:50 pm

haha...2 terlajak coz sedap layan corner la...haha 301
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: tips kepada yg baru nak ride konvoi jauh   Today at 12:33 am

Back to top Go down
 
tips kepada yg baru nak ride konvoi jauh
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Tips for our new RZR owners
» Sunday 17th October - Very Early Morning - Southern Ride
» Snowy Ride
» Michaux State Forest ~ Big Flat ATV Ride
» ride outs derby/burton area

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
WILD CHOPPER GROUP :: etika dan isyarat2 berkonvoi.-
Jump to: