WILD CHOPPER GROUP
SELAMAT DATANG KE FORUM Wild Chopper Group.
Ahli baru dikehendaki mendaftar dengan meng"klik" butang Login di atas kiri laman ini. Pengguna baru dikehendaki memasuki maklumat yang sah untuk tujuan pengaktifan. Hanya ahli yang dijemput sahaja dibenarkan untuk mendaftarAhli boleh memasuki forum hanya setelah diperakukan dan diaktifkan oleh pentadbirAhli diminta tidak menggunakan bahasa kasar ataupun perlakuan yang boleh mengyinggung hati perasaan ahli lain KENALKAN DIRI ANDA
WILD CHOPPER GROUP
SELAMAT DATANG KE FORUM Wild Chopper Group.
Ahli baru dikehendaki mendaftar dengan meng"klik" butang Login di atas kiri laman ini. Pengguna baru dikehendaki memasuki maklumat yang sah untuk tujuan pengaktifan. Hanya ahli yang dijemput sahaja dibenarkan untuk mendaftarAhli boleh memasuki forum hanya setelah diperakukan dan diaktifkan oleh pentadbirAhli diminta tidak menggunakan bahasa kasar ataupun perlakuan yang boleh mengyinggung hati perasaan ahli lain KENALKAN DIRI ANDA
WILD CHOPPER GROUP
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Our colours means our rules
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in

 

 Permohona permit perarakan (escort / pengiring ) pdrm

Go down 
4 posters
AuthorMessage
puppetsp
handle tanduk
puppetsp


Posts : 187
Join date : 2009-10-24

Permohona permit perarakan (escort / pengiring ) pdrm Empty
PostSubject: Permohona permit perarakan (escort / pengiring ) pdrm   Permohona permit perarakan (escort / pengiring ) pdrm Empty14th February 2011, 12:45 am

Permohonan permit perarakan (escort/pengiring) dari PDRM memerlukan beberapa perkara :-

1. Kertas Kerja Konvoi
2. Senarai Organisasi/Kelab/Pertubuhan serta Syarikat berdaftar.Kalau tak daftar,payah sikit.
3. Objektif Konvoi serta matlamat.(Samada suka-suka,program bersama badan lain..Cth: Sukaneka bersama Polis,Program Mesra Rakyat dsbnya.
4. Senarai penuh peserta bersama Nama Penuh,alamat penuh,no.kp,jenis kenderaan,no plat dsbnya..(Itu sebab konvoi selalunya ada borang penyertaan).
5. Ketua konvoi serta AJK yang bertanggungjawab menganjurkan sesuatu konvoi...Supaya senang pihak Polis menghubungi sekiranya berlaku sesuatu..
6. Peraturan,undang-undang serta nota taklimat keselamatan untuk disampaikan kepada peserta sebelum berkonvoi..
7. Jadual ,aturcara,masa serta agenda konvoi mesti disertakan...
8. Laluan perjalanan,jarak serta tempat berhenti konvoi mesti detail..Bukan main tulis jer..Kena survey laluan dulu...Cari tempat berhenti rehat yang sesuai dsbnya.


SYARAT DAN PERATURAN SEMASA KONVOI MOTORSIKAL .

1. Semua peserta mesti sihat tubuh badan dan bersedia mengikuti sepanjang laluan perjalanan konvoi.
2. Penunggang hendaklah mempunyai lesen memandu yang sah,cukai jalan dan insuran yang belum tamat tempoh.
3. Semua motorsikal peserta mestilah 100% dalam keadaan baik,lengkap tanpa sebarang pengubahsuaian yang melanggar akta dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
4. Semua peserta diminta mengisi petrol memenuhi tangki sebelum memulakan konvoi.
5. Taklimat keselamatan,laluan konvoi serta agenda konvoi perlu diterangkan dan disampaikan dengan jelas kepada semua peserta sebelum memulakan konvoi.
6. Maklumat lengkap,pelan laluan,tempat berhenti rehat serta tanda amaran boleh diterangkan oleh Ketua Penyelaras Konvoi samada melalui lisan ataupun bertulis.
7. Jarak diantara sesebuah kenderaan dihadapan semasa berkonvoi hendaklah anggaran 2 buah motorsikal bagi mengelakkan kecelakaan sekiranya berlaku pemberhentian mengejut.
8. Kelajuan dijalan biasa semasa berkonvoi adalah diantara 70~90km/j,lebuhraya 90~100km/j dan bergantung kepada keadaan lalulintas.
9. Berikan tumpuan penuh kepada kenderaan dihadapan dan tabiat memotong semasa berkonvoi tidak digalakkan.
10.Susunan kenderaan semasa berkonvoi perlu ditetapkan sepanjang konvoi dijalankan.
11. Peserta diwajibkan membuka lampu hadapan kenderaan sepanjang berkonvoi dan penggunaan lampu kelipan isyarat (double signal) amat tidak digalakkan.
12. Berhenti dengan cara selamat dibahu jalan tanpa menggangu peserta dibelakang sekiranya berlaku kerosakkan kenderaan tanpa jangka.
13. Peserta perlu menepati masa,aturcara dan mengikuti laluan yang diberikan oleh pihak penyelaras.
14. Ketua penyelaras perlu memastikan laluan konvoi,lokasi tempat berhenti,lokasi tempat mengisi minyak sepanjang laluan konvoi,jarak perjalanan,tempoh masa serta agenda lengkap sebelum memulakan konvoi.
15. Penyelidikan,kajian laluan,suasana jalaraya,keadaan lalulintas perlu diteliti oleh Ketua Penyelaras selewat-lewatnya sebulan sebelum memulakan sebarang konvoi.
16. Ketua penyelaras perlu menghantar permohonan Permit Perarakan selewat-lewatnya sebulan sebelum bermulanya konvoi kepada Ketua-Ketua Polis Daerah yang terlibat bagi makluman dan satu salinan kepada Ketua Polis Negeri yang terb a b i t.
17. Bendera,risalah,pelekat mahupun kain rentang yang berbau politik,penghinaan sesuatu kaum mahupun ugama adalah dilarang dibawa semasa berkonvoi.
18. Pihak penyelaras tidak akan bertanggungjawab terhadap semua bentuk saman atau penalti yang dikenakan oleh pihak berkuasa sekiranya peserta melanggar peraturan jalanraya yang telah ditetapkan.
19. Berlumba secara haram,memotong tanpa sebarang tujuan dan memandu dalam keadaan merbahaya semasa berkonvoi adalah dilarang sama sekali.
20. Ketua penyelaras adalah bertanggungjawab terhadap semua perkara berkaitan keselamatan,disiplin serta tingkahlaku peserta sepanjang berkonvoi.
21. Peserta perlu menandatangani borang akujanji didalam penyertaan konvoi bagi mengelakkan sebarang tuntutan mahkamah kepada pihak penyelaras sekiranya berlaku sebarang kemalangan mahupun kematian.
22. Keselamatan adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh Ketua Penyelaras konvoi.
23. Ketua Penyelaras berhak membatalkan penyertaan peserta yang gagal mematuhi peraturan yang sedia ada mahupun setelah diberitahu.

Sekian..
Back to top Go down
puppetsp
handle tanduk
puppetsp


Posts : 187
Join date : 2009-10-24

Permohona permit perarakan (escort / pengiring ) pdrm Empty
PostSubject: Re: Permohona permit perarakan (escort / pengiring ) pdrm   Permohona permit perarakan (escort / pengiring ) pdrm Empty14th February 2011, 12:47 am

PERATURAN DAN ETIKA BERKONVOI

Konvoi bermotorsikal di bahagikan kepada empat bahagian:
* motorsikal Lead
* Marshall
* Sweeper
* motorsikal Peserta

LEAD
1. Lead harus lah menentukan had kelajuan sesebuah konvoi, dan harus sentiasa beringat tentang jarak dan bahawa ada kenderaan jauh di bahagian belakang sesebuah konvoi.
2. Kerap memerhati melalui cermin sisi memastikan bahawa semasa konvoi motorsikal tidak jarak terlalu jauh.
3. Jika menempuh terlalu banyak lampu isyarat, Ia patut berhenti di sesuatu tempat yang selamat dan tidak menggangu lalu lintas sementara menunggu untuk mengumpulkan konvoi semula.
4. Sentiasa memberikan isyarat jika menukar arah.
5. Memberitahu konvoi di mana akan berlepas dan berhenti atau konvoi disediakan dengan peta.

Sweeper
1. Sentiasa berhubung pandang dengan Lead (Jika Perlu).
2. [size=18]Jika Lead memberikan isyarat memotong kepada kenderaan lain. Biarkan kenderaan yg tidak dalam konvoi unutk memotong dalam keadaan selamat di samping tidak menganggu konvoi.
3. Hubungi Lead jika kenderaan di belakang ingin bergerak laju dalam sesuatu keadaan kecemasan.

Marshall
1. Berada di tengah2 semasa konvoi.
2. Akan keluar dari konvoi (atau boleh berada di mana2 untuk memastikan konvoi dalam satu kumpulan.
3. Membantu konvoi berjalan lancar di suatu persimpangan.
4. Memastikan konvoi tersusun.

motorsikal Peserta
1. Tidak di benarkan memotong kecuali jika ada kecemasan.
2. Memerhatikan lead jika ingin memotong (gunakan isyarat)
3. menjarakkan antara kenderaan di depan dalam keadaan selamat dan selesa
4. Tidak membiarkan motorsikal di hadapan terkeluar dari susunan.
5. Flash kan lampu jika ada kecemasan.






1) Perkara Am
Sebelum berkonvoi Buat pemeriksaan ke atas motorsikal anda spt memasti kan semua minyak cukup , tekanan tayar rantai dan lain2 dalam keadaan baik. Datang ke tempat permulaan konvoi dan sentiasa dengar penerangan yang diberikan tentang perjalanan dan destinasi konvoi tersebut. Sentiasa bersedia untuk berlepas dengan minyak yang cukup di dalam tangki motorsikal anda. Jika anda ingin mengubah haluan ke tempat lain atau ingin mengakhiri konvoi dapat lah sekiranya memberitahu Lead, Marshall atau petugas yang lain. Ini supaya tidak mengelirukan peserta yang lain yag mmungkin menyebabkan mereka akan mengikuti peserta yang tidak menyertai konvoi dalam sesuatu keadaan.

2) Menyalakan lampu
sentiasa nyalakan lampu motorsikal anda
Ini akan memberitahu kepada pengguna yang lain apa yang terjadi. Peserta lain dapat mengenali anda dengan menyalakan lampu serta tahu bahawa anda dalam konvoi yang sama.Ini memudahkan Jika salah seorang peserta konvoi dalam kecemasan ( memberhentikan/memperlahankan motorsikal maka anda dapat melihat dan mengesahkan itu ada lah salah seorang peserta konvoi dengan menggunakan cermin sisi.

3) Jangan mengekori di belakang motorsikal terlalu dekat

Jangan mengikut motorsikal di hadapan terlalu dekat dan dengan kelajuan yang maksima. Ini amat lah merbahaya. Sentiasa pastikan anda di jarak yang selesa dan selamat.


4) Membenarkan kenderaan Lain Mencelah
Selalunya , Peserta di dalam konvoi tidak membenarkan kenderaan mencelah atau memasuki susunan konvoi. Walau bagaimana pun konvoi sebenarnya membenarkan kenderaan lain keluar masuk dari susunan konvoi. Kebiasaannya kenderaan bukan peserta suka mengugut , menakut nakutkan peserta di dalam konvoi atau inginkan keistimewaan mungkin kerana pandangan pemandu yang tidak jelas dan ingin kan jalan yang tiada gangguan. Peserta konvoi haruslah mempunyai sikap sabar dan timbang rasa untuk membiarkan mereka memotong, melepasi konvoi kita dalam sesuatu keadaan yang sukar. Seharusnya dengan begitu konvoi kita teratur dan tidak mendatang kan emosi sekaligus dapat mengelakkan kejadian yang tak diingini.

5) Lead sentiasa bertanggungjawab memastikan kelajuan.
Ia adalah amat sukar tetapi amat mudah untuk membiarkan peserta memecut kelajuan dengan sesuka hati. Ini kerana di dalam konvoi ada berbagai sikap penunggang dan juga kemampuan motorsikal peserta. Tidak di nafikan akan adanya yang berkata konvoi terlalu laju atau terlalu perlahan. Cuba pastikan motorsikal anda masih di dalam susunan konvoi tanpa mengganggu lalulintas yang lain. Ini dapat mengurangkan atau tidak ada potong memotong antara satu sama lain semasa berkonvoi. Ini adalah sikap peserta sendiri bertanggungjawab memastikan motorsikal di belakang , di sisi berada dalam susunan.Jika motorsikal di belakang perlahan. Pasti kan peserta tidak meninggalkan motorsikal terlalu jauh ( perlahan kan juga motorsikal anda). Maka konvoi tidak akan terputus. Jangan memecut laju dan meninggalkan
Susunan konvoi untuk keselesaan memecut atau cuba mengikuti, mencabar kenderaan lain yang cuba mengganggu konvoi. Adalah lebih baik membiarkan kenderaan itu berlalu dan anda kembali kepada susunan konvoi.

6) Berlaku Kecemasan atau Masalah.
Jika ada berlaku masalah atau kecemasan, tiada sesiapa peserta konvoi berhenti melainkan motorsikal SWEEPER sahaja. Sweeper akan memastikan keadaan terkawal dan konvoi haruslah meneruskan perjalanan sehingga suatu tempat yang dibenarkan berhenti dan selamat. Ini kerana satu susunan konvoi jika berhenti juga untuk memberikan pertolongan ( atas sikap ingin menolong) mudah mengundang kemalangan terutama di jalan yang sibuk.

7) Tenang
Kadangkala tidak semua seperti yang dirancangkan akan sukses. Kebiasaannya peserta di dalam konvoi mengharapkan atau menjangkakan sesuatu yang baik dan menggembirakan untuk agenda2 yang dirancang apabila sampai ke destinasi. Adalah amat penting untuk peserta dalam keadaan sabar , tenang, selesa dan sedia menghadapi kemungkinan seperti perjalanan menjadi lambat kerana kesesakan lalulintas dan tergelincir dari jadual sebenar.

Memotong
Memotong adalah dibenarkan pada keadaan yang selamat dan tidak melanggar undang2 jalanraya. Jangan memotong pada garisan berkembar atau tidak pasti keadaan jalan dari arah bertentangan. Dalam sesuatu konvoi jika peserta atau kenderaan bukan peserta ingin memotong, biarkan ia memotong dan anda jangan terlalu rapat dengan motorsikal hadapan dan menyebabkan kenderaan yang memotong anda dalam keadaan yang bahaya
Back to top Go down
mat D
wild chopper
mat D


Posts : 1006
Join date : 2009-10-02
Age : 49
Location : Bangi,Kajang

Permohona permit perarakan (escort / pengiring ) pdrm Empty
PostSubject: Re: Permohona permit perarakan (escort / pengiring ) pdrm   Permohona permit perarakan (escort / pengiring ) pdrm Empty25th February 2011, 11:27 am

info yg sungguh bermanafaat... flying kiss
Back to top Go down
samsulok guwapo
wild chopper
samsulok guwapo


Posts : 1220
Join date : 2009-12-22
Age : 39
Location : Bahagia Court,Jalan Bahagia,Temerloh

Permohona permit perarakan (escort / pengiring ) pdrm Empty
PostSubject: Re: Permohona permit perarakan (escort / pengiring ) pdrm   Permohona permit perarakan (escort / pengiring ) pdrm Empty25th February 2011, 1:41 pm

clap clap clap clap
Back to top Go down
cikgu nuar
otai wild chopper
cikgu nuar


Posts : 2660
Join date : 2009-10-02
Location : batu 1 temerloh

Permohona permit perarakan (escort / pengiring ) pdrm Empty
PostSubject: Re: Permohona permit perarakan (escort / pengiring ) pdrm   Permohona permit perarakan (escort / pengiring ) pdrm Empty25th February 2011, 9:16 pm

Permohona permit perarakan (escort / pengiring ) pdrm 602284 Permohona permit perarakan (escort / pengiring ) pdrm 602284 Permohona permit perarakan (escort / pengiring ) pdrm 602284 Permohona permit perarakan (escort / pengiring ) pdrm 602284 Permohona permit perarakan (escort / pengiring ) pdrm 602284
Back to top Go down
Sponsored content





Permohona permit perarakan (escort / pengiring ) pdrm Empty
PostSubject: Re: Permohona permit perarakan (escort / pengiring ) pdrm   Permohona permit perarakan (escort / pengiring ) pdrm Empty

Back to top Go down
 
Permohona permit perarakan (escort / pengiring ) pdrm
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
WILD CHOPPER GROUP :: etika dan isyarat2 berkonvoi.-
Jump to: