WILD CHOPPER GROUP
SELAMAT DATANG KE FORUM Wild Chopper Group.
Ahli baru dikehendaki mendaftar dengan meng"klik" butang Login di atas kiri laman ini. Pengguna baru dikehendaki memasuki maklumat yang sah untuk tujuan pengaktifan. Hanya ahli yang dijemput sahaja dibenarkan untuk mendaftarAhli boleh memasuki forum hanya setelah diperakukan dan diaktifkan oleh pentadbirAhli diminta tidak menggunakan bahasa kasar ataupun perlakuan yang boleh mengyinggung hati perasaan ahli lain KENALKAN DIRI ANDA


Our colours means our rules
 
HomeFAQSearchRegisterLog in
Share | 
 

 Wild Chopper Rules & Regulation

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
handle tanduk


Posts: 149
Join date: 2009-07-21

PostSubject: Wild Chopper Rules & Regulation   20th December 2009, 10:16 am

Salam dan Selamat Sejahtera,

Bagi semua warga forum, selamat datang diucapkan ke forum WILD CHOPPER GROUP.

Tidak ada bezanya berkomuniti di dalam forum ini dengan berkomuniti di alam nyata, samada di rumah, di pejabat atau di kawasan kediaman anda. Sifat saling menghormati, kejujuran dan keikhlasan adalah teras di dalam mana-mana perhubungan.

Selepas anda mendaftar, anda akan mula berforum tentang pelbagai topik dan pandangan. Jadi, sebelum itu adalah baik jika dapat diperkenalkan diri secara jujur dan ikhlas. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu di ambil bagi menjadi seorang ahli forum yang berhemah:

1. Mendaftar untuk log in.
2. Menggunakan nickname yang tidak membawa maksud yang tidak baik.
3. Sediakan gambar rekaan anda untuk dijadikan signature anda. Di dalam gambar tersebut sila letakkan gambar wajah anda dengan jelas. Identiti anda di dalam forum ini dapat dilihat oleh ahli lain melalui signature @ siggy anda.

4. Selepas itu sila masuk ke KENAL KAN DIRI ANDA DI SINI bagi memperkenalkan diri agar kehadiran anda disedari oleh semua terutama yang telah mendaftar lebih awal daripada anda.

5. Mulakan berforum dengan bersopan-santun. Jangan sesekali terus ‘menyampuk’ sesuatu perbualan tanpa memberi salam. Mungkin dilihat ahli lain yang berforum agak mesra, usik mengusik dan agak ‘ganaz’. Kemungkinan besar mereka ini telah saling kenal-mengenali antara satu sama lain.

Walaupun forum ini bebas dan terbuka, adalah dinasihatkan melayari perbincangan-perbincangan yang telah wujud. Sebelum mengemukakan topik perbincangan baru, sila baca dahulu topik-topik lama supaya tidak mengulangi soalan yang sama.

Komuniti ini bukan sahaja berforum tetapi juga sering berjumpa untuk MTT (Mabuk Teh Tarik) dan pelbagai aktiviti lain. Anda juga dialu-alukan untuk menyertai semua aktiviti dalam
Aktiviti Bakar Karbon dan Rides mengikut kelapangan masa masing-masing. Anda juga boleh merancang dan bertindak untuk menganjurkan apa-apa aktiviti.

Pelbagai ilmu pengetahuan boleh dikongsi bersama. Setiap pandangan di dalam forum ini amat dihargai.

Akhir kata, selamat berforum dan manfaatkanlah kemudahan ini untuk kebaikan bersama.

Wassalam.
Back to top Go down
http://wildchopper.forumotion.net
 

Wild Chopper Rules & Regulation

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

 Similar topics

-
» SOME RULES & REGULATION FOR SPEEDBALL
» Minnesota Wild Line-Up
» Wild Edibles class in Houston
» _-=Rules=-_
» Rules and Regulations

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
WILD CHOPPER GROUP :: -