WILD CHOPPER GROUP
SELAMAT DATANG KE FORUM Wild Chopper Group.
Ahli baru dikehendaki mendaftar dengan meng"klik" butang Login di atas kiri laman ini. Pengguna baru dikehendaki memasuki maklumat yang sah untuk tujuan pengaktifan. Hanya ahli yang dijemput sahaja dibenarkan untuk mendaftarAhli boleh memasuki forum hanya setelah diperakukan dan diaktifkan oleh pentadbirAhli diminta tidak menggunakan bahasa kasar ataupun perlakuan yang boleh mengyinggung hati perasaan ahli lain KENALKAN DIRI ANDA


Our colours means our rules
 
HomeFAQSearchRegisterLog in
Share | 
 

 TIPS PERJALANAN JAUH

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: TIPS PERJALANAN JAUH   15th January 2010, 9:40 pm

Artikel ni wa kutip dari MEC (juga dikutip dari SBM).Rasanya penting untuk panduan dan tindakan kita sebelum memulakan perjalanan

Selamat membaca......................

TIPS PERJALANAN JAUH

Sebelum memulakan perjalanan, pastikan motor anda dalam keadaan baik (selamat). Untuk yang menunggang motosikal, seminggu ataupun sebelum memulakan perjalanan balik kampung/konvoi selain dapat menikmati keseronokan dan kepuasan menunggang disamping berjumpa sahabat handai mahupun saudara mara. Jangan tergesa-gesa untuk ke tempat yang dituju. Disiplin, matlamat dan hala tuju juga penting untuk kita selamat sampai. ..... pastikan buat perkara asas ini ......

1) Tukar minyak hitam motor dan palam pencucuh (spark plug) motor.

2) Bersihkan/periksa atau tukar penapis angin (air filter ) motor.

3) Tukar penapis minyak hitam ( oil filter ).

4) Periksa dan kalau boleh tukar penapis minyak petrol ( petrol filter ).

5) Rantai motor kalau dah lusuh, tukar kepada yg baru. Kalau masih bagus, selaraskan. Kalau yg pakai shaft, tukar minyak gearboxnya.

6) Gegancu (Sprocket) motor kalau dah tajam dari gigi beruang, tukar juga kepada yg baru. Kalau tukar sprocket tu, tukarlah satu set sekali.

7) Periksa ekzos kalau ada bocor, tersumbat.

7.1) Adakah ianya menunjukkan tanda-tanda nak tersumbat? Power kurang? Mungkin ekzos nak sumbat dah! pergi kedai yang buat welding kereta, suruh potong dan bersihkan bahagian dalam ekzos tersebut beli baru dari abg hamdan pun ok.

7.2) Untuk ekzos 4 lejang, bukak kepala ekzos yg ikat kepada blok motor dan masukkan minyak hitam / grease terpakai ke dalamnya. Lepas tu cari tempat yg paling banyak nyamuk dan start motor! gerenti mati sekampung dua nyamuk! Takyah panggil Malik Noor!.

Cool Untuk motor 2 lejang lagi, adalah dicadangan kalau boleh suruh mekanik motor bukakan lebih besar / banyak minyak 2T yg mengalir ke engin. Ini untuk menyejukkan engin dan perlu jika anda berjalan jauh.

9) Periksa semua peralatan elektrik saperti lampu depan, belakang dan signal supaya ianya berfungsi dengan baik.

10) Periksa bunga tayar motor dari tayar depan sampai ke tayar belakang dan kalau yg pakai spare tayar cam Vespa tu, periksa lah baik-baik. Adakah tayar tersebut menunjukkan tanda-tanda haus atau merekah? Adakah ianya boleh membawa anda pergi dan balik daripada hala tujuan anda dengan selamat? Kalau bunga tayar kurang daripada 3 mm dan anda akan berjalan ulang alik sebanyak 1000 km, adalah disyorkan supaya anda menukar tayar baru.

11) Bagi yang berkonvoi, patuh pada setiap arahan ketua kumpulan selagi tidak menyeleweng dan melanggar undang-2 jalan raya

12) Periksa brake pad depan dan belakang, kalau dah haus tukar kepada yg baru bukan 2nd hand.

13) Periksa kabel klac, adakah ianya dah mula menunjukkan tanda haus? Kalau ya, tukar kepada yang baru dan cable yang lama perlu disimpan bawak spare.

14) Kabel-kabel lain dalam keadaan sempurna.

15) Cemin sisi kiri dan kanan perlu dilaraskan.(penting)

16)jangan lupa bawa duit! Kalau ada kerosakkan tengah perjalanan, kena pakai duit jugakan? Duit juga di gunakan untuk pam petrol, makan-makan dan minum-minum.

17)lagi satu ..Pastikan lesen dan road tax hidup

bawak No talipon bengkel berdekatan. Dan rakan yang sekitar dgn nye.. Lampu picit, penampal tayar atau spare part, tools

SELAMAT JALAN. PANDU CERMAT JIWA SELAMAT, INGATLAH KEPADA ORANG YANG TERSAYANG.

JANGAN LUMBA HARAM.. KALAU NAK JADI KODOK REMPIT LANTAK KORANG.

jangan memandu ikut perasan,

**credit to SBM

tips dan panduan lagi..

1. Sentiasa dengar dan peka dengan maklumat yang disampaikan oleh penganjur/marshal ketika sesi taklimat diadakan. Ini adalah sangat penting kerana segala tempat berhenti rehat, mengisi minyak, jarak tunggangan serta makan dan minum akan diberitahu ketika taklimat. Ini adalah untuk mengelakkan pertanyaan berulang-kali dilakukan kepada penganjur/marshall .

2. Pengurusan masa hendaklah tepat. Tiba awal di tempat permulaan. Dengan ini jadual perjalanan tidak akan terganggu, serta kita juga tidak perlu berkejar-kejaran untuk mengejar masa yang terlepas dan ini juga bermakna tunggangan akan menjadi lebih selamat.

3. Sentiasa bersedia, (seperti pengakap) sarung tangan dan helmet dipakai, kunci berada di posisi "ignition" apabila marshall berada diatas motorsikal beliau. Ini membuatkan keseluruhan konvoi bergerak lancar dan sekata serta tiada ruang jarak yang terlalu jauh (konvoi terputus). Ini juga termasuk apabila tempoh waktu berhenti rehat yang diberi tamat, memandangkan menunggu ahli konvoi yang lewat bersedia dibawah matahari terik dengan helmet bertutup penuh dan juga sarung tangan serta jaket tebal amat menyeksakan dan akan menghilangkan keseronokan berkonvoi. Seseorang marshall yang bagus akan memberi isyarat sebelum mula bergerak, kebiasaannya dengan hon atau siren (pendek).

4. Sentiasa jaga jarak antara penunggang yang lain. Jangan berkumpul dengan rapat dan menjadikan kumpulan konvoi terlalu padat. Berikan ruang yang selesa. Jangan risau kerana anda tidak akan ditinggalkan bersendirian dibelakang.

5. Jika anda perlu memotong rakan anda sila gunakan lorong sebelah kanan dengan memberi ruang dan isyarat yang mencukupi.

6. Biarkan rakan anda memotong dengan selamat kenderaan dihadapan sebelum anda mengambil kedudukan bersedia memotong.

7. Jika anda terpaksa berhenti (tidak berjadual)/kecemasan sila letak motorsikal anda ditepi bahu jalan (kawasan lapang) serta letak motorsikal dengan baik dan jarak yang tidak terlalu rapat dan tidak mengganggu lalu lintas.

8. Jika kenderaan di belakang mengekori terlalu rapat dan mengganggu berikan laluan untuk ia memotong melepasi konvoi.

9. Jika seseorang penunggang baru tidak mampu mengikut kelajuan konvoi maka dia seharusnya menunggang motorsikal dia dengan kelajuan yang dirasakan sesuai. sweeper/last man akan bersama kamu sepanjang perjalanan dan akan berkumpul semula dengan konvoi dihentian seterusnya.

10. Sila pastikan anda sentiasa berada dalam kumpulan konvoi terutama sekali ketika melalui pekan/bandar yang asing bagi anda.

11. Pada masa tertentu dan jalan yang elok marshall yang baik akan membenarkan anda menunggang mengikut kelajuan anda sendiri untuk menikmati selekoh dan bermesra dengan trottle. TETAPI anda perlu ingat JANGAN berlumba sesama sendiri. Penunggang akan berkumpul semula diperhentian seterusnya.

12. Jika anda terpaksa berhenti cemas tanpa pengetahuan marshall dihadapan, sila berikan isyarat kepada sweeper dan beliau akan membantu anda. Seluruh kumpulan konvoi hendaklah meneruskan perjalanan sehingga marshall sedar akan penunggang yang hilang dari kumpulan.

13. Jika anda adalah jenis yang memerlukan masa lebih panjang untuk berehat/melegakan diri sewaktu konvoi berhenti rehat sila letakkan motorsikal anda dikawasan yang mudah dilihat dimana kebanyakkan penunggang lain dapat lihat. ada dimana peserta konvoi tercicir kerana beliau meletakkan motorsikal beliau dibelakang tandas.jauh dari pandangan orang ramai.



Cool Cool
Back to top Go down
mabukrider
otai wild chopper


Posts: 5044
Join date: 2009-09-30
Age: 39
Location: temerloh, pahang

PostSubject: Re: TIPS PERJALANAN JAUH   16th January 2010, 1:31 am

tips yg berguna dn tolong guna pkai untuk diri sndiri dan kawan2


_________________________________________
Back to top Go down
EiLLa F2
wild chopper


Posts: 1433
Join date: 2009-10-02
Age: 37

PostSubject: Re: TIPS PERJALANAN JAUH   17th January 2010, 11:33 am


Thanks bro Mang ....Info yg menarik dan boleh dpraktikkan untuk kebaikan bersama.


Back to top Go down
Guest
Guest



PostSubject: Re: TIPS PERJALANAN JAUH   17th January 2010, 1:14 pm

tips untuk 'belayar' lebih jauh ader ke abg mang?...ekekkek
Back to top Go down
mat D
wild chopper


Posts: 1006
Join date: 2009-10-02
Age: 39
Location: Bangi,Kajang

PostSubject: Re: TIPS PERJALANAN JAUH   18th January 2010, 11:17 am

tip untuk ni ke antu maksud kan.. suntut suntut wa x paham la belayar lebih jauh tu apa maknanya..?
Back to top Go down
Guest
Guest



PostSubject: Re: TIPS PERJALANAN JAUH   18th January 2010, 4:17 pm

nak blayar lebih jauh taruk la v power....ekkekeke....
Back to top Go down
mat D
wild chopper


Posts: 1006
Join date: 2009-10-02
Age: 39
Location: Bangi,Kajang

PostSubject: Re: TIPS PERJALANAN JAUH   19th January 2010, 11:56 am

wokey..bagus tu guna V-power...walaupun agak mahal..
Back to top Go down
Guest
Guest



PostSubject: Re: TIPS PERJALANAN JAUH   19th January 2010, 2:04 pm

Back to top Go down
 

TIPS PERJALANAN JAUH

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

 Similar topics

-
» Knee pad tips
» Game Tips!
» Tips mengatur settingan Oli
» Tips menghindari Super KIPS macet
» Tips/petua yang sering diabaikan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
WILD CHOPPER GROUP :: etika dan isyarat2 berkonvoi.-