WILD CHOPPER GROUP
SELAMAT DATANG KE FORUM Wild Chopper Group.
Ahli baru dikehendaki mendaftar dengan meng"klik" butang Login di atas kiri laman ini. Pengguna baru dikehendaki memasuki maklumat yang sah untuk tujuan pengaktifan. Hanya ahli yang dijemput sahaja dibenarkan untuk mendaftarAhli boleh memasuki forum hanya setelah diperakukan dan diaktifkan oleh pentadbirAhli diminta tidak menggunakan bahasa kasar ataupun perlakuan yang boleh mengyinggung hati perasaan ahli lain KENALKAN DIRI ANDA
WILD CHOPPER GROUP
SELAMAT DATANG KE FORUM Wild Chopper Group.
Ahli baru dikehendaki mendaftar dengan meng"klik" butang Login di atas kiri laman ini. Pengguna baru dikehendaki memasuki maklumat yang sah untuk tujuan pengaktifan. Hanya ahli yang dijemput sahaja dibenarkan untuk mendaftarAhli boleh memasuki forum hanya setelah diperakukan dan diaktifkan oleh pentadbirAhli diminta tidak menggunakan bahasa kasar ataupun perlakuan yang boleh mengyinggung hati perasaan ahli lain KENALKAN DIRI ANDA
WILD CHOPPER GROUP
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Our colours means our rules
 
HomeSearchLatest imagesRegisterLog in

 

 PERATURAN DAN LANGKAH KESELAMATAN ( wajib baca dn amal kan)

Go down 
AuthorMessage
mabukrider
otai wild chopper
mabukrider


Posts : 5044
Join date : 2009-09-30
Age : 49
Location : temerloh, pahang

PERATURAN DAN LANGKAH KESELAMATAN ( wajib baca dn amal kan) Empty
PostSubject: PERATURAN DAN LANGKAH KESELAMATAN ( wajib baca dn amal kan)   PERATURAN DAN LANGKAH KESELAMATAN ( wajib baca dn amal kan) Empty10th October 2009, 12:24 am


PERATURAN DAN LANGKAH KESELAMATAN


1. Sentiasa dengar dan peka dengan maklumat yang disampaikan oleh penganjur/marshall ketika sesi taklimat diadakan. Ini adalah sangat penting kerana segala tempat berhenti rehat, mengisi minyak, jarak tunggangan serta makan dan minum akan diberitahu ketika taklimat. Ini adalah untuk mengelakkan pertanyaan berulang-kali dilakukan kepada penganjur/marshall kerana penganjur/marshall juga mempunyai tugas yang berat menanti dan perlu fokus didalam perjalanan.

2. Pengurusan masa hendaklah tepat. Tiba awal di tempat permulaan. Dengan ini jadual perjalanan tidak akan terganggu, serta kita juga tidak perlu berkejar-kejaran untuk mengejar masa yang terlepas dan ini juga bermakna tunggangan akan menjadi lebih selamat.

3. Sentiasa bersedia, (seperti pengakap) sarung tangan dan helmet dipakai, kunci berada di posisi "ignition" apabila marshall berada diatas motorsikal beliau. Ini membuatkan keseluruhan konvoi bergerak lancar dan sekata serta tiada ruang jarak yang terlalu jauh (konvoi terputus). Ini juga termasuk apabila tempoh waktu berhenti rehat yang diberi tamat, memandangkan menunggu ahli konvoi yang lewat bersedia dibawah matahari terik dengan helmet bertutup penuh dan juga sarung tangan serta jaket tebal amat menyeksakan dan akan menghilangkan keseronokan berkonvoi. Seseorang marshall yang bagus akan memberi isyarat sebelum mula bergerak, kebiasaannya dengan hon atau siren (pendek)

4. Sentiasa jaga jarak antara penunggang yang lain. Jangan berkumpul dengan rapat dan menjadikan kumpulan konvoi terlalu padat. Berikan ruang yang selesa. Jangan risau kerana anda tidak akan ditinggalkan bersendirian dibelakang.

5. Jika anda perlu memotong rakan anda sila gunakan lorong sebelah kanan dengan memberi ruang dan isyarat yang mencukupi.

6. Biarkan rakan anda memotong dengan selamat kenderaan dihadapan sebelum anda mengambil kedudukan bersedia memotong

7. Jika anda terpaksa berhenti (tidak berjadual)/kecemasan sila letak motorsikal anda ditepi bahu jalan (kawasan lapang) serta letak motorsikal dengan baik dan jarak yang tidak terlalu rapat dan tidak mengganggu lalu lintas.

8. Tiada marshall yang dibenarkan untuk menggunakan siren sewaktu menunggang untuk mengejar/menghalau kenderaan lain. (menyalahi undang-undang)

9. Tiada marshall diberi kuasa untuk menahan/memberhentikan lalu-lintas di lampu isyarat/simpang. Kita TIDAK berkuasa untuk melakukan perkara tersebut. Sentiasa beringat dan selamat

10. Jika kenderaan di belakang mengekori terlalu rapat dan mengganggu berikan laluan untuk ia memotong melepasi konvoi.

11. Jika seseorang penunggang baru tidak mampu mengikut kelajuan konvoi maka dia seharusnya menunggang motorsikal dia dengan kelajuan yang dirasakan sesuai. sweeper/last man akan bersama kamu sepanjang perjalanan dan akan berkumpul semula dengan konvoi dihentian seterusnya.

12. Sila pastikan anda sentiasa berada dalam kumpulan konvoi terutama sekali ketika melalui pekan/bandar yang asing bagi anda.

13 Pada masa tertentu dan jalan yang elok marshall yang baik akan membenarkan anda menunggang mengikut kelajuan anda sendiri untuk menikmati selekoh dan bermesra dengan trottle. TETAPI anda perlu ingat JANGAN berlumba sesama sendiri. Penunggang akan berkumpul semula diperhentian seterusnya.

14. Jika anda terpaksa berhenti cemas tanpa pengetahuan marshall dihadapan, sila berikan isyarat kepada sweeper dan beliau akan membantu anda. Seluruh kumpulan konvoi hendaklah meneruskan perjalanan sehingga marshall sedar akan penunggang yang hilang dari kumpulan.

15. Jika anda adalah jenis yang memerlukan masa lebih panjang untuk berehat/melegakan diri sewaktu konvoi berhenti rehat sila letakkan motorsikal anda dikawasan yang mudah dilihat dimana kebanyakkan penunggang lain dapat lihat.


Runner / Side Marshalls

*sesetengah kelab motorsikal mempunyai runner/side marshall, untuk memastikan kenderaan lain berada jauh disebelah kanan dari konvoi. Runner ini biasanya berada selari dengan konvoi dan berada disebelah kanan sedikit berbanding konvoi. Runner akan sentiasa bergerak kehadapan-belakang sepanjang konvoi untuk memastikan kumpulan konvoi berada dalam formasi. Runner juga biasanya terdiri daripada motorsikal yang berkuasa lebih tinggi.Walaubagaimanapun runner meletakkan diri mereka dalam keadaan bahaya serta risiko yang tinggi. keselamatan masing-masing hendaklah dijaga oleh penunggan itu sendiri dan mengamalkan cara tunggangan defensif.

Dengan itu kita tidak akan mempunyai runner/side marshal. Dan peserta lain juga tidak harus bertindak sedemikian. Untuk itu kami meletakkan lebih ramai sweeper yang berada di grid belakang.


Konvoi bersama Polis dan penunggang luar

Dengan jumlah penyertaan konvoi yang lebih besar,kita terpaksa meminta bantuan polis untuk melancarkan perjalanan. Biasanya konvoi jenis ini adalah perjalanan yang pendek.

Dengan bilangan konvoi yang besar, peraturan konvoi diubahsuai mengikut situasi. Konvoi formasi 2-selari diaplikasi serta bergerak rapat

Dengan bantuan polis konvoi itu juga berbeza dengan konvoi normal kerana kita tidak perlu berhanti di simpan/ lampu isyarat. Akan tetapi kelajuan konvoi lebih perlahan berbanding dengan konvoi normal.


Konvoi Tunggangan Bebas/Free Ride Convoys

Ini biasanya berlaku dimana motorsikal berkuasa tinggi dan juga easyriders berada dalam satu konvoi. Jumlah peserta juga biasanya melebih 20buah motorsikal.

Kebanyakkan penunggang adalah berpengalaman dan tahu selok belok laluan yang digunakan serta tahu tempat perhentian dan berkumpul semula.

Dalam perjalanan jenis ini, marshall memainkan peranan kecil sahaja. Bermula dengan biasa marshall dihadapan. Dan selepas beberapa ketika apabila kuda masing-masing dah menjadi cergas mereka yang lebih pantas akan bergerak laju meninggalkan yang perlahan. Beberapa orang penunggang mungkin bergerak bersama mengikut kelajuan dan gaya tunggangan yang sesuai dengan mereka. Marshal akan tetap mengekalkan kelajuan biasa agar peserta konvoi yang lain tidak tercicir.

Sweeper akan berada di kelompok belakang; dan mungkin beberapa kilometer dibelakang tidak kelihatan, sehingga tiba di perhentian yang telah dijadualkan. Selepas berhenti kitaran tersebut diteruskan. Perjalanan seperti ini biasanya berlaku di laluan sepanjang lebuhraya PLUS (utara selatan)
Back to top Go down
 
PERATURAN DAN LANGKAH KESELAMATAN ( wajib baca dn amal kan)
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
WILD CHOPPER GROUP :: etika dan isyarat2 berkonvoi.-
Jump to: